• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah Di FB: Najib Tuntut Tony Mohon Maaf

oleh
13/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun, yang mewakili Perdana Menteri dalam kapasiti peribadinya, berkata surat tuntutan tersebut telah diserahkan kepada Tony Pua pada 4.45 petang semalam.

Kenyataan fitnah yang dinyata dan diterbitkan oleh Tony Pua pada 6 April, 2017, bertajuk “BN Govt Abandons all Bills to give precedence to PAS’ RUU 355 Private Member’s Bill”.

(Kerajaan BN mengabaikan semua Rang Undang-Undang bagi memberi keutamaan kepada Rang Undang-Undang Ahli Persendirian RUU 355 oleh PAS).

Beliau berkata, kenyataan fitnah itu dalam pengertian biasa yang mudah difahami bermaksud, antara lain anak guamnya telah mencuri dan terlibat dalam amalan rasuah.

“Arahan anak guam kami bahawa kenyataan fitnah itu dan apa-apa kenyataan yang serupa merupakan fitnah yang sangat serius oleh anda, dan menyebabkan kesulitan yang besar dan memalukan.

“Bertentangan dengan kenyataan fitnah anda, anak guam kami bukannya kleptokrat yang zalim dan menindas serta mengelak kritikan, atau pemimpin yang terlibat dalam amalan rasuah atau mencuri wang rakyat.

“Dakwaan palsu dan tidak berasas sama sekali oleh anda itu bertujuan meremehkan kedudukan tinggi politik anak guam kami, reputasi baik beliau di dalam negara dan antarabangsa. Dengan berbuat demikian, anda bertindak dengan berniat jahat,” katanya.

Peguam itu berkata, anak guamnya juga menuntut Tony Pua dalam tempoh tujuh hari bermula semalam, membuat permohonan maaf sepenuhnya secara bertulis untuk disiarkan dalam dua akhbar, mengeluarkan video tersebut dengan serta merta dan berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan fitnah atau sebarang kenyataan seumpama itu.

Beliau berkata, sekiranya pihaknya tidak menerima respons yang memuaskan, beliau dengan tegasnya akan memulakan prosiding undang-undang terhadap Tony Pua. – BERNAMA

Tags: RUU 355Tony Pua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kenyataan Tony Pua Umpama Lafaz Talak Tiga’ – Ka Siong

‘Kenyataan Tony Pua Umpama Lafaz Talak Tiga’ – Ka Siong

24/06/2023
0

SHAH ALAM - MCA meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN)...

‘DAP Dicabar Pecat Tony Pua Kerana Hina UMNO, BN’

‘DAP Dicabar Pecat Tony Pua Kerana Hina UMNO, BN’

24/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dicabar mengambil tindakan tegas dengan memecat Tony Pua susulan tindakan bekas Setiausaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd