• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbadanan Stadium Malaysia Perlu Cari Duit Sendiri

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu mengguna peruntukan sendiri untuk membeli tiga unit lampu percambahan ‘grow light’ bagi menyelesaikan masalah rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata Pengerusi PSM, Datuk Rozabil Abdul Rahman telah memaklumkan kepada beliau bahawa satu unit lampu yang sedia ada tidak cukup untuk membekalkan cahaya kepada rumput di stadium.

“PSM minta tambahan lampu dan mereka perlu mengguna peruntukan yang sedia ada.

“Mereka tidak boleh meminta peruntukan  tambahan kerana Kerajaan telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mengganti padang pada tahun lepas,” katanya.

Khairy bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal rasmi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Beliau berkata sebagai pilihan PSM boleh menggunakan dana dari pendapatan mereka untuk membeli lampu tersebut.

Penukaran rumput di stadium itu sebelum ini telah menelan belanja sebanyak RM1.5 juta dan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah mencuba dua jenis rumput iaitu rumput jenis Cow Grass and Bermuda Green Mountain.

Sebagai rekod pada tahun lepas, Khairy mengarahkan Stadium Nasional ditutup selepas aduan bahawa keadaan padang di stadium berkenaan tidak sesuai sehingga memaksa venue perlawanan persahabatan antara Barcelona FC dan Malaysia ditukar ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir.

Isu mutu padang rumput di Stadium Nasional kembali menjadi persoalan ketika Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada bulan lepas apabila dilihat masih berada dalam keadaan buruk walaupun telah
menjalani proses baik pulih keseluruhan pada Oktober tahun lepas.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairy memuji mutu permainan cemerlang pasukan tempatan yang mengambil bahagian pada kejohanan sulong Piala Super Mokh 2014 yang berakhir hari ini.

Khairy berkata beliau kagum apabila melihat bakat dan corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain berusia bawah 12 tahun yang bukan hanya setanding dengan pamain luar negara malah ada di antara mereka yang dapat bermain dengan lebih baik.

“Bagi saya ini merupakan hasil awal daripada program pelan PPBN yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 April tahun lepas,” katanya.

Pelan PPBN diwujudkan bagi membangunkan semula bola sepak negara untuk memastikan sukan tersebut berada di kemuncak kegemilangan dan kecemerlangan pada satu hari nanti.

Khairy berkata kejohanan tersebut akan dijadikan acara jemputan antarabangsa tahunan dan berharap akan lebih ramai bakat-bakat baharu dapat dicungkil menerusi kejohanan tahunan itu.

Pasukan kelab dari Korea Selatan, Pohang Streelers muncul sebagai juara Piala Super Mokh 2014 selepas menewaskan pasukan Malaysia, Harimau 4-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Astroturf A, Majlis Sukan Negara.

Piala Super Mokh 2014 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Dis berjaya menarik 12 penyertaan dari dalam dan luar negara dan Malaysia selaku tuan rumah menghantar empat pasukan iaitu Harimau, Tigers, Pantera dan Cougars. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd