• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buru Hingga Ke Akar Umbi Dalang Atur Perlawanan

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Jenayah, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Dalang utama kegiatan mengatur keputusan perlawanan perlu ditangani dan dihukum bagi membanteras masalah itu secara keseluruhan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata penahanan tiga pemain pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) adalah permulaaan untuk memburu sindiket itu.

“Saya harap tangkapan baru-baru ini akan berlanjutan sehingga sampai ke akar umbi kegiatan mengatur perlawanan. Pemain hanya agen sindiket haram. Biasanya sindiket ini ada kaitan dengan perjudian sukan tanpa lesen dan orang inilah yang perlu kita buru.

“Penyakit sebenar adalah sindiket yang menjadi dalang mengatur keputusan perlawanan…pemain harus dihukum jika terlibat tetapi apa yang kita mahu ia sebagai permulaan untuk mendapatkan sindiket itu sendiri,” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas majlis tajaan antara Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan AirAsia, di sini hari ini.

Minggu lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pemain termasuk seorang pemain import pasukan MISC-MIFA, kerana disyaki terbabit dalam mengatur perlawanan.

Khairy juga menggesa lebih banyak persatuan bola sepak negeri dan kelab yang beraksi dalam Liga Malaysia menjalin kerjasama dengan polis dan SPRM untuk menangani isu itu dengan memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mengesyaki pemain mereka.

Ditanya sama ada lesen pertaruhan sukan mampu mengatasi masalah mengatur perlawanan, Khairy berkata majoriti rakyat Malaysia menentang perkara itu apabila ia dibangkitkan pada 2003.

“Sudah pasti ada buruk dan baiknya jika memberi lesen pertaruhan sukan dari segi mengawal selia dan mendapat pendapatan daripada cukai tetapi majoriti rakyat Malaysia tidak menerima satu lagi bentuk perjudian di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd