• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nyaris Kahwin Dengan Orang Buruan Polis…

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ACEH – Hasrat seorang wanita untuk berkahwin dengan kekasihnya hancur berkecai selepas mendapati lelaki itu sebenarnya banduan yang melarikan diri dari penjara.

Lebih malang lagi, kekasihnya itu ditangkap beberapa hari sebelum mereka berkahwin.

Lelaki itu yang dikenali sebagai, Rusli Mahmud, 31, merancang berkahwin dengan kekasihnya yang berusia 17 tahun dan berasal dari Desa Kliet di daerah Ranto Peureulak, Aceh Timur.

Ketua polis Ranto Peureulak, Musa berkata, ketika mahu mendaftarkan perkahwinan keluarga wanita meminta kad pengenalan diri Rusli.

“Bagaimanapun, Rusli menyerahkan kad pengenalan dengan nama Zulfikar menyebabkan keluarga wanita itu berasa curiga.

“Kerana curiga keluarga wanita itu membuat laporan polis yang kemudian menahan lelaki itu,” katanya yang dipetik Kompas.com.

Ketika disoal siasat, Rusli mengaku dia sebenarnya diburu polis selepas melarikan diri dari sebuah penjara pada Mei 2014.

“Lelaki ini pernah ditangkap polis pada 2013 atas kesalahan dadah dan dihukum penjara selama lima tahun.

“Tidak lama selepas melarikan diri dari penjara, dia kembali semula ke kampung halamannya di sini dan bercinta dengan gadis berkenaan,” katanya.

Menurutnya, selepas mendengar pengakuan lelaki itu keluarga wanita akhirnya membatalkan perkahwinan mereka. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: banduanIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd