• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaringan hatrik Safiq Bantu JDT Naik Ke Tangga Ketiga

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim melakar jaringan hatrik membantu juara bertahan Liga Super itu berpesta gol menewaskan Melaka United 7-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Kemenangan kelima daripada lapan perlawanan itu membolehkan skuad Harimau Selatan meraih 17 mata.

Pada aksi di Larkin, pasukan JDT kendalian Benjamin Mora selesa mendahului 4-0 pada babak pertama perlawanan menerusi Gabriel Miguel Guerra pada minit keenam, Safiq (minit ke-17), Mohd Amirul Hadi Zainal (minit ke-22) dan Gonzalo Cabrera pada minit ke-33.

Sebaik sahaja perlawanan disambung ke babak kedua, skuad Harimau Selatan terus menambah derita pasukan pelawat selepas melakar tiga lagi gol menerusi Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-46 sebelum Safiq melengkapkan kemenangan bergaya JDT hasil gol padang pada minit ke-58 dan sepakan penalti pada minit ke-87.

Dalam pada itu, pasukan tercorot liga, Pulau Pinang meraih kemenangan sulung selepas sembilan perlawanan menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang hasil gol tunggal S. Kumaahran pada minit ke-79.

Terdahulu, Pulau Pinang terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain pertahanannya Mafry Balang dilayangkan kad merah oleh pengadil Nagor Amir Noor Mohamed kerana mengasari pemain gantian Felda United, Gaston Andres pada penghujung perlawanan. – BERNAMA

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd