• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemerduan Suara Penting Dalam Tilawah

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Selain aspek hukum tajwid, taranum dan fasohah, aspek kemerduan suara merupakan elemen penting yang ditekankan dalam tilawah al-Quran, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

“Orang awam lebih cepat tertarik dengan kelunakan suara dan nafas panjang apabila mendengar peserta tilawah membaca al-Quran kerana tidak semua orang arif dalam ilmu tajwid,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perjalanan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan yang sedang berlangsung di negeri ini.

Beliau berkata aspek suara ditekankan dalam penghakiman bacaan al-Quran kali ini jumlah markah bagi aspek tersebut ditingkatkan kepada 20 mata berbanding 15 mata tahun lepas.

“Perubahan tersebut dibuat kerana ingin mengalakkan semua peserta tilawah menjaga suara mereka agar dapat membuat bacaan dengan lebih baik.

“Boleh dikatakan agak rugi apabila peserta dapat membaca al-Quran dengan suara yang merdu pada peringkat permulaan bacaan, tetapi suara mereka mula pecah apabila membaca dengan nada yang tinggi kerana tidak berjaya mengawal suara dengan baik,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah penyertaan golongan muda dalam tilawah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, Othman berkata itu merupakan petanda dan perkembangan yang baik apabila lebih ramai generasi muda mula berminat dengan al-Quran.

Beliau turut memuji pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri Perak yang membuat pemilihan peserta secara terbuka dan berjaya mencungkil bakat muda untuk menyertai tilawah kali ini.

“Kita perlukan lebih ramai golongan muda untuk menjadi pelapis negara pada masa hadapan dan mereka yang berbakat boleh dipertengahkan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Katanya sejak kebelakangan ini ramai peserta muda seawal umur 12 tahun menyertai acara tilawah mahupun hafazan dan ianya satu perkembangan yang positif.

Dalam pada itu, beliau memuji kesungguhan dua peserta Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dari Kelantan dan Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi dari Sabah menyertai tilawah kali ini.

“Walaupun mereka mengalami kecacatan, namun ianya bukan satu kekurangan bagi mereka apabila dapat mempersembahan bacaan dengan baik.

“Lazimnya orang biasa menguna mata untuk membaca al-Quran, tetapi mereka mengunakan tangan menyentuh tulisan braille untuk membaca,” kata Othman.

Beliau menambah peserta OKU dihakimi bacaan mereka sama seperti peserta normal.

Seramai 79 peserta berumur antara tujuh hingga 25 tahun mengambil bahagian pada majlis tilawah dan menghafaz peringkat kebangsaan kali ini. – BERNAMA

Tags: JakimTan Sri Othman Mustapha
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd