• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Cari Bukti Pencemaran Sungai Bernam – Exco

oleh Ahmad Albab
05/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri sedang mencari bukti secara konklusif bagi mengenal pasti punca pencemaran Sungai Bernam di daerah Muallim.

Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Rusnah Kassim berkata pihaknya telah meminta agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Veterinar untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Tindakan telah dijalankan, malah sampel air di sungai berkenaan telah diambil Jabatan Perikanan dan mendapati sememangnya tahap ammonia yang ada di sungai itu agak tinggi.

“Ammonia itu didapati dari satu ladang ayam tetapi belum disahkan. Ini kerana ia mungkin juga datang dari ladang-ladang lain yang menggunakan baja,” katanya dalam sidang media pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berhubung rintihan kira-kira 200 nelayan darat di daerah berkenaan yang mendakwa pendapatan mereka terjejas berikutan Sungai Bernam kini tercemar.

Rusnah berkata Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) turut menjalankan pemantauan terhadap sungai berkenaan memandangkan ia terletak di sempadan antara Perak dan Selangor.

Menurutnya sebagai langkah mengurangi beban nelayan darat berkenaan, kerajaan negeri juga melalui Jabatan Perikanan merancang untuk melepaskan benih anak ikan di lombong dan kawasan tasik di sekitar kawasan itu.

Sementara itu, Pegawai Daerah Muallim Nor Sham Rahman berkata pihaknya memberi tempoh sehingga 31 Mei depan untuk pengusaha ladang ayam menyediakan sistem kumbahan rawatan bagi mengelak bahan buangan mengalir terus ke dalam sungai.

“Jika gagal mematuhi arahan, tindakan menutup ladang mungkin diambil,” katanya. – BERNAMA

Tags: pencemaran airPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd