• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Premis Barang Lusuh Di Seremban Akan Didakwa

oleh AK-47
03/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua daripada 60 premis barang lusuh yang diperiksa dalam ‘Ops Premis Barang Lusuh’ di daerah Seremban pada Rabu lepas akan didakwa di mahkamah kerana didapati mempunyai pembiakan nyamuk Aedes.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Zainudin Mohd Ali berkata kedua-dua premis itu akan didakwa di mahkamah tanpa dikeluarkan kompaun.

“Premis barang lusuh ini turut meliputi perusahaan kitar semula, jual beli kereta terpakai serta bengkel kereta. Pemeriksaan dijalankan terhadap premis berkenaan kerana ia berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes jika tiada langkah pencegahan diambil,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya operasi yang dijalankan di dua lokasi ‘hotspot’ iaitu Taman Satria dan Taman Tuanku Jaafar, Senawang, melibatkan 56 anggota penguatkuasa daripada semua Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan negeri.

Manakala, katanya tujuh premis lagi yang berpotensi pembiakan telah diberi notis pembersihan dan pemeriksaan semula premis berkenaan akan dijalankan selepas dua minggu untuk memastikan pematuhan arahan pembersihan dan mana-mana premis yang tidak mematuhi notis pembersihan akan didakwa di mahkamah.

“Semasa operasi kali ini, kita telah mengedarkan lebih 1.3 kg abate dan 90 risalah berkaitan penyakit denggi kepada pihak premis barang lusuh yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan bagi membendung peningkatan kes denggi dan mengurangkan risiko jangkitan denggi dalam kalangan orang ramai. – BERNAMA

Tags: Dr Zainudin Mohd Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Tapak Pembinaan Di Seremban Penyumbang Aedes

10/09/2017
0

SEREMBAN - Tiga tapak pembinaan di sini yang diperiksa oleh anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu...

36 Kompaun Berkaitan Kesalahan Tembakau Dikeluar

20/07/2017
0

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengeluarkan 36 notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pada operasi bersepadu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd