Sample Page Title

SEREMBAN – Tiga tapak pembinaan di sini yang diperiksa oleh anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu semalam didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Zainudin Mohd Ali berkata ketiga-tiga pemilik tapak pembinaan itu akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 23, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Manakala tiga lagi tapak pembinaan yang tiada pembiakan tetapi berpotensi, telah diberi notis pembersihan di bawah Seksyen 8. Sebanyak 16 tapak pembinaan telah diperiksa disekitar Seremban, Mantin, Nilai, Sendayan dan Senawang,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Katanya seramai 45 anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan negeri telah terlibat dalam operasi tersebut.

Sementara itu, katanya sehingga Sabtu lepas, Negeri Sembilan telah mencatatkan 2,588 kes denggi, berbanding 1,992 dalam tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 29.9 peratus.

Katanya sebanyak 13 lokaliti wabak didapati masih aktif di negeri ini. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

MOF, MIDA Teliti Insentif Khusus Pelaburan DNeX, Foxconn

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang meneliti...

Mahkamah: Lelaki Dituduh Tetak Jaga Berdepan Hukuman Mati

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja kampung berdepan hukuman mati selepas dihadapkan...

706 Notis Saman Sepanjang 8 Hari Ops Lejang

Ipoh : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 706 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan...

Israel, Palestin Umum Gencatan Senjata

GAZA : Israel dan kumpulan pejuang Jihad Islam Palestin mengumumkan gencatan senjata dengan harapan...

2,728 Kes Baru, Enam Lagi Kematian Covid-19

Sebanyak 2,728 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,708,552.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah kes...

Pemansuhan UPSR, PT3 Jadikan PBS Lebih Berkesan

KUALA LUMPUR : Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...

Jumpa Bom Lama Di Tapak Projek ECRL

KUANTAN - Sebutir bom lama dipercayai jenis Trench Mortar HE 2inc yang ditemui di...