• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim Akan Ambil Keterangan Siti Kasim

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan Tuhan yang dianggap terpesong daripada akidah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata sekiranya terdapat kesalahan maka Jabatan Agama Islam Negeri boleh mengambil tindakan.

“Jakim tiada kuasa untuk mengambil tindakan hanya Jabatan Agama Islam Negeri sahaja yang ada kuasa mengambil tindakan mengikut apa jua kuasa mengikut enakmen berkaitan jenayah, akidah serta penyebaran perkara yang boleh merosakkan agama Islam,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh di sini, hari ini.

Beliau berkata buat masa sekarang, Jakim mengambil pendekatan memanggil Siti Kasim untuk berbincang mengenai kenyataannya itu.

“Kita bukannya mahu menjatuhkan maruahnya, adakah benar apa yang dikatakan. Kita mahu dengar dahulu daripada mulut dia sendiri tetapi apabila dipanggil jangan pula tidak hadir,” katanya.

Asyraf Wajdi mengulas kenyataan Siti Kasim dalam rancangan temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas berkaitan kewujudan Tuhan yang dianggap terpesong daripada akidah.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi yang dilantik sebagai Ikon Integriti JBPM Kelantan berkata pelantikannya itu adalah satu amanah yang besar dan juga dianggap sebagai satu penghormatan tinggi.

Katanya semua pihak perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan penuh integriti.

Beliau juga memuji inisiatif yang diambil oleh JBPM dan Jabatan Kesihatan untuk bekerjasama memastikan tugas yang melibatkan keselamatan rakyat dapat dijalankan dengan lebih efektif dan efisien.

Pada majlis menandatangani MoU itu, JBPM Kelantan diwakili pengarahnya Azmi Osman manakala Jabatan Kesihatan Kelantan diwakili oleh Pengarahnya Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir. – BERNAMA

Tags: Jakimsiti kasim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan tindakan susulan pihak berkuasa agama selepas sesi tabayyun berhubung kandungan sebuah...

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd