• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penajaan KL 2017 Cecah RM69 Juta – Khairy

oleh
30/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penajaan bagi Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sudah mencapai 87 peratus atau RM69 juta daripada jumlah sasaran sebenar RM80 juta, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jumlah itu berjaya dikumpul Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) dengan menerima tajaan daripada pelbagai agensi swasta antaranya Malaysia Airports, AirAsia, Telekom Malaysia, NAZA dan Mc Donalds untuk temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

“Tujuh belas syarikat swasta bersetuju menaja dari bentuk wang tunai dan barangan. Mengikut ketetapan, syarikat menaja RM30 juta (wang tunai) dan RM50 juta (perkhidmatan dan barangan),” katanya semasa waktu pertanyaan menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) mengenai tahap persiapan kedua-dua acara sukan itu dengan mengambil kira pengehadan bajet yang diberikan.

Katanya sehingga kini, segala persiapan bagi kedua-dua acara itu tidak terjejas akibat pengehadan bajet, malah menepati keperluan dan spesifikasi yang diperlukan.

Khairy berkata bersempena penganjuran kedua-dua temasya sukan berkenaan, berkata MASOC akan memperkenalkan nombor pendaftaran khas kenderaan.

“Bidaan plat khas itu akan dibuka kepada orang ramai mulai April,” katanya.

Menurutnya, Sukan SEA 2017 juga bakal mencipta sejarah tersendiri apabila 24 daripada 38 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya itu akan disiarkan secara langsung dan berkualiti tinggi.

Menjawab soalan tambahan Abd Aziz mengenai kemampuan kontinjen negara untuk kembali muncul juara, Khairy berkata pihaknya mengambil inisiatif mewujudkan program Kita Juara 2017 bagi mempersiapkan atlet menghadapi Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur pada 19-31 Ogos 2017.

“Program itu ada tiga fasa dengan penyertaan 850 atlet dan 139 jurulatih bagi 38 jenis sukan. Banyak penekanan yang kita berikan kepada atlet terlibat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) adakah Malaysia akan menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan, Khairy berkata atlet negara sedang dalam proses melayakkan diri bagi acara hoki air, luncur ais dan Alpine ski. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinKL 2017Para ASEANSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd