• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis & Kedah Catat Jumlah Pesakit Buah Pinggang Tertinggi

oleh Ahmad Albab
05/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Perlis dan Kedah mencatat kes paling banyak pesakit buah pinggang, kata Ketua Pegawai Esekutif Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF), Chua Hong Wee.

Beliau berkata penilaian tersebut dibuat berdasarkan kepada jumlah pesakit di kedua-dua negeri terbabit sejak beberapa tahun lalu.

“Kita tidak dapat pastikan apakah punca sebenar menyebabkan kedua-dua negeri ini mempunyai bilangan paling ramai pesakit buah pinggang, tetapi tidak mustahil kemungkinan ada kaitan sebab negeri terbabit mempunyai kilang gula,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Chua berkata demikian pada majlis penyerahan mesin hemodialisis bernilai RM45,000 sumbangan Persatuan Isteri Pegawai dan Kakitangan Petronas Malaysia (Petronita) melalui NKF untuk Pusat Hemodialisis Tuanku Syed Putra (PHTSP) di Taman Bukit Kaya di sini.

Katanya, punca utama berlaku kes penyakit buah pinggang adalah disebabkan kencing manis yang terlalu tinggi hingga memberi kesan kepada fungsi buah pinggang menyebabkan seseorang pesakit perlu menjalani rawatan hemodialisis.

Chua berkata NKF kini menyediakan 28 pusat rawatan hemodialisis di seluruh negara dengan kadar bayaran paling minima.

Katanya NKF memerlukan perbelanjaan kira-kira RM36 juta bagi mengendalikan pusat rawatan tersebut setiap tahun, justeru NKF amat mengharapkan sokongan dan sumbangan daripada orang ramai yang berkemampuan bagi meneruskan program itu.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pengurusan PHTSP, Datuk Johari Mohd Darus berkata dengan sumbangan itu, pusat tersebut kini mempunyai 19 mesin hemodialisis untuk memberi rawatan kepada 51 pesakit.

Beliau berkata pesakit yang masih belum menerima rawatan boleh mendaftar di pusat itu yang mampu menampung sehingga 84 pesakit.

Katanya difahamkan di Perlis sahaja sekarang terdapat kira-kira 1,200 penghidap buah pinggang.

Ketua Biro Kebajikan Petronita Malaysia, Nazree Aniza menyerahkan sumbangan itu kepada Johari dengan disaksikan Pengerusi Petronita Gurun, Kedah, Yusnani Alionar dan barisan lembaga pengarah PHTSP. – BERNAMA

Tags: kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd