• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Antara 12 Menteri Kewangan Terbaik Di Asia

oleh AK-47
27/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan sebagai antara 12 Menteri Kewangan Terbaik di Asia, lapor portal kewangan antarabangsa FinanceAsia.

Portal tersebut yang setiap tahun mengeluarkan rangking kewangan untuk negara-negara di Asia berkata bahawa Najib berada di tangga ke-10 berbanding 48 negara di rantau Asia-Pasifik.

Menurut FinanceAsia yang beribu pejabat di Hong Kong, China itu selain Najib, turut dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia ialah Sri Mulyani Indrawati (Indonesia) dan Arun Jaitley (India).

Juga Sonny Dominguez (Filipina), Lou Jiwei (China), Heng Swee Keat (Singapura), Sheu Yu-jer (Taiwan), John Tsang (Hong Kong) dan Scott Marrison (Australia).

Portal yang sama itu pada tahun lalu pernah telah menyenarai Najib sebagai Menteri Kewangan paling teruk di Asia kerana konon gagal menarik keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi negara.

Selain itu, kejatuhan mendadak nilai mata wang negara turut dikatakan sebagai antara punca utama kelembapan ekonomi.

Bank Negara Malaysia (BNM) ketika mengumumkan Laporan Tahunan 2016 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2016, mengunjurkan ekonomi Malaysia bakal mencatat pertumbuhan kukuh.

Ia diramal boleh berada antara jajaran 4.3 dan 4.8 peratus sepanjang tahun ini, berbanding hanya 4.2 peratus pada tahun lalu.

Gabenornya, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuhan itu didorong oleh permintaan domestik daripada sektor swasta dan disokong oleh sektor luaran serta jangkaan pemulihan harga komoditi.

Katanya, BNM menjangkakan harga minyak mentah Brent berlegar sekitar AS$50 hingga AS$55 (RM221.45 hingga RM243.60) setong, manakala harga minyak sawit mentah pula pada RM2,700 satu tan metrik.

Muhammad berkata, sektor luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun persekitaran global terus tidak menentu dengan secara keseluruhan, eksport barangan dan perkhidmatan bersih.

Ia dijangka dapat menyokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar untuk tahun ini berikutan pemulihan eksport secara beransur-ansur.

Beliau seterusnya berkata, akaun semasa dijangka mencatat lebihan satu hingga dua peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada 2017.

Eksport dan import dijangka terus kukuh pada 2017, disokong oleh unjuran pertumbuhan global serta harga komoditi yang bertambah baik, serta permintaan domestik yang mapan, katanya. – MOF Comms

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMOF
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd