• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Amal Politik Di Sekolah Berdepan Tindakan Tegas

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Jabatan Pendidikan Perak akan mengambil tindakan tegas terhadap guru yang didapati berpolitik di sekolah sehingga menjejaskan tanggungjawab serta tugas hakiki mereka.

Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata sekolah bukan tempat untuk berpolitik, sebaliknya guru perlu memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, katanya guru yang hendak berpolitik perlu mendapatkan kebenaran daripada majikan dan tidak menggunakan sekolah sebagai tempat berpolitik.

“Kita akan memanggil guru yang terbabit untuk memberikan nasihat sebelum mengambil tindakan menukar mereka ke tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat kolam udang kara di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid semalam yang berkata guru yang mahu berpolitik sepenuh masa diminta meletakkan jawatan mereka.

Mengenai kolam ikan yang diusahakan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Muhammad Amin berkata ia memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar istimewa terlibat untuk memajukan diri mereka.

“Tahniah kepada guru pendidikan khas kerana bukan mudah mendidik anak istimewa ini,” katanya sambil menambah terdapat 5,200 kanak-kanak istimewa sedang belajar di sekolah di seluruh Perak.

Sementara itu, guru penasihat projek ternakan tersebut Sharul Azlan Sungit, 35, berkata projek ternakan udang kara berkenaan dimulakan pada akhir 2015 membabitkan 34 murid, 10 guru dan empat pembantu.

Menurut beliau pihaknya membelanjakan antara RM3,000 dan RM4,000 untuk membuat kolam dan membeli benih dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Sekarang kita mempunyai sebuah kolam simen, dua kolam kanvas dan lima akuarium yang mempunyai 400 hingga 500 induk udang serta 2,000 benih udang dan udang ini boleh dijual di pasaran dengan harga RM120 hingga RM150,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gurupolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd