• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelawa Pembangkang Lawan Di Padang Rengas

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG RENGAS – Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang membolehkan sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding dalam mana-mana kawasan Parlimen.

Sehubungan itu, Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamaed Nazri Abdul Aziz mengalu-alukan hasrat pembangkang termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu bertanding di kawasannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata bekas exco kerajaan negeri Perak, Datuk Hamidah Osman telah menyatakan minat untuk bertanding di Padang Rengas.

“Saya kata sesiapa yang nak bertanding di sini bagus, lebih baik Tun Dr. Mahathir Mohamad bertanding di sini dan saya tunggu pilihan raya diadakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Padang Rengas di Dewan Mellenium Lubuk Merbau di sini hari ini.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas ceramah Mahathir selaku Pengerusi PPBM dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi di Kota Lama Kiri, di sini yang mahu menjatuhkan UMNO di Padang Rengas dalam PRU14.

Dalam perkembangan lain, Nazri mengucapkan terima kasih kepada Mahathir kerana memilih beliau untuk bertanding di Padang Rengas sejak 22 tahun lalu.

“Saya pegang amanah Tun kerana dia kata UMNO parti yang boleh jaga negara, 22 tahun saya jadi wakil rakyat di sini sedangkan yang tukar parti adalah Tun,” katanya.

Mengenai perbahasan dengan Mahathir, Nazri berkata beliau akan hadir ke program itu pada 7 April depan di Shah Alam, Selangor sebagai usaha mempertahankan UMNO.

“Saya tidak nampak apa halangannya untuk menganjurkan wacana ini kerana ia bukannya melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012,” ulang Nazri.

Perbahasan antara dua pemimpin itu sebelum ini dijadual berlangsung semalam di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, namun dibatalkan kerana tidak mendapat permit polis. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd