• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Suami Isteri, Kekasih Ditahan Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
24/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Polis menahan empat suspek termasuk dua wanita dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah, dalam dua serbuan berasingan di Kuala Pilah pada Isnin dan Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Haslah Bachok berkata dalam kedua-dua serbuan itu, polis merampas dadah jenis ganja, heroin dan methamphetamine seberat 382.85 gram (g) bernilai RM10,000 dipercayai untuk pasaran Kuala Pilah dan kawasan sekitar.

Beliau berkata dalam serbuan pertama kira-kira 4 petang Isnin lepas, polis menahan sepasang suami isteri yang mempunyai empat orang anak di sebuah medan selera di Kuala Pilah.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan yang digunakan suspek menemukan bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 237g, ganja seberat 42.1g dan methamphetamine seberat 16.16g.

“Dalam serbuan itu juga, polis turut merampas sebilah parang, pisau kecil dan pisau lipat,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Haslah berkata keesokannya, polis menahan sepasang kekasih dalam satu lagi serbuan di sebuah rumah sewa tidak bernombor di Johol kira-kira 5.30 pagi dan hasil pemeriksaan menemukan dadah jenis heroin seberat 74.29g dan methamphetamine seberat 13.30g.

Katanya hasil operasi terancang yang menahan empat suspek berkenaan berusia 25 hingga 50 tahun juga telah berjaya membuat sitaan wang tunai sebanyak RM2,850 dan barang kemas bernilai RM6,650 serta sebuah motosikal.

Berdasarkan siasatan awal, Haslah berkata kedua-dua pasangan ini beroperasi secara berasingan dan dipercayai telah aktif sejak empat bulan lepas.

“Hasil semakan rekod kesalahan lampau, suspek lelaki pertama (suami) mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan dadah manakala suspek lelaki kedua mempunyai 10 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Suspek wanita pula kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau. Bagaimanapun hasil ujian air kencing tiga suspek positif dadah jenis opiat dan methaphatamine kecuali suspek wanita pertama (isteri) negatif dadah,” katanya.

Haslah berkata kesemua suspek direman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39a(1) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. – BERNAMA

Tags: kes dadahSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd