• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Pasang Dandang Haba Sisa Loji Penapis PIC

oleh AK-47
24/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memasang dua dandang haba sisa dimodular bagi loji penapisnya, yang ketika ini sedang dibina di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

Syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, dandang tersebut merupakan komponen penting unit perekahan pemangkinan cecair sisa (RFCC) dalam loji penapis itu kerana ia berfungsi untuk merekahkan sisa atmosfera yang di hydrotreat menjadi bahan mentah bagi kemudahan perekah strim.

“Kejayaan pemasangan dandang ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan keseluruhan PIC yang kini bersedia untuk dimulakan pada suku pertama 2019,” kata Petronas.

Dandang tersebut, yang dipasang siap di Kaohsiung, Taiwan, setiap satu seberat kira-kira 2,000 tan metrik.

Ia merupakan dandang haba sisa dimodular terbesar yang pernah dibawa ke Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Pembinaan dandang itu, bersama dengan RFCC, diberikan kepada konsortium CTCI Corp, Chiyoda Corp, Synerlitz Malaysia Sdn Bhd dan MIE Industries Sdn Bhd.

Selepas siap kelak, loji penapis PIC itu akan mempunyai kapasiti penapisan 300,000 setong sehari. – BERNAMA

Tags: Dandang Habapetronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd