• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Kos Rendah: P.Pinang Kecualikan Cukai Taksiran

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang hari ini memutuskan untuk memberi pengecualian cukai taksiran bagi tahun 2016 dan 2017 untuk rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah pangsa yang layak.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri memutuskan premis yang layak adalah yang bersaiz 700 kaki persegi dan ke bawah.

Selain itu, katanya, harga jualan asal kediaman tersebut adalah RM72,500 atau kurang, untuk layak menerima pengecualian ini.

“Pemilik premis ini boleh memohon kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk mendapat pengecualian jika masih menerima notis pembayaran cukai taksiran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 80,000 notis pengecualian cukai taksiran telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang layak dan selainnya akan mengambil masa kira-kira dua minggu.

Chow berkata kesemua unit kediaman rumah pangsa di Blok 115, Jalan Kedah, di sini telah diperakukan untuk pengecualian cukai taksiran bagi 2016 dan 2017.

Beliau menerangkan bagi pemilik premis yang layak menerima pengecualian cukai taksiran tetapi telah membuat pembayaran, mereka perlu mengisi borang yang boleh didapati di MBPP dan MPSP untuk proses pemulangan wang. – BERNAMA

Tags: Chow Kon YeowCukai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

17/06/2026
0

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengucapkan Salam Maal Hijrah...

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd