• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Negara Mesra Perniagaan – Jack Ma

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang cekap dan sangat mesra perniagaan untuk menjalin kerjasama ekonomi digital.

“Ramai yang bertanyakan kepada saya mengapa saya pilih Malaysia untuk bekerjasama dalam zon perdagangan bebas digital (DFTZ).

“Saya bagi tahu mereka yang Malaysia sangat mesra perniagaan dan lebih cekap daripada yang saya sangkakan,” katanya dalam ucapan pembukaan beliau sebelum melancarkan DFTZ bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, hari ini.

Ma berkata projek Koridor Raya Multimedia memberi inspirasi kepada beliau untuk meneruskan idea dunia digital dan mendorong Alibaba dan Malaysia untuk merealisasikan penubuhan e-hab berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“DFTZ merupakan zon perdagangan bebas digital pertama di luar China, yang akan menggunakan teknologi baharu bagi memperkasakan perniagaan kecil dan usahawan muda.

“Akan ada hab logistik untuk menyediakan perkhidmatan kepada perniagaan e-dagang dengan satu pusat perkhidmatan sehenti.

“Ia boleh berkembang menjadi hab logistik serantau yang boleh menghantar pakej dalam tempoh 72 jam bagi tempoh 20 tahun akan datang,” katanya.

Beliau yakin ekonomi digital akan membantu meningkatkan sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada perniagaan kecil di Malaysia kepada sekurang-kurangnya 80 peratus.

Ketika ini, perniagaan kecil di Malaysia menyumbang kurang 40 peratus daripada KDNK negara dengan perusahaan kecil dan sederhana menyumbang kira-kira 97 peratus daripada jumlah perniagaan. – BERNAMA

Tags: Jack MaPerniagaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

Bajet Dijangka Lebih Tumpu Perniagaan, Pembayar Cukai: LHDN

Bajet Dijangka Lebih Tumpu Perniagaan, Pembayar Cukai: LHDN

21/09/2022
0

PUTRAJAYA - Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan dijangka lebih menumpukan usaha membantu kalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd