• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Kerajaan Beri BR1M Perlu Dimanfaat

oleh Ahmad Albab
22/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Usaha kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu dihargai kerana ia merupakan antara langkah meringankan beban rakyat.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata pemberian BR1M itu adalah langkah tepat kerajaan dan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi menampung keperluan sedia ada.

“Kita patut bersyukur mempunyai kerajaan yang prihatin membantu golongan berpendapatan rendah tanpa mengira umur sama ada muda sehingga warga emas, jika layak sudah pasti akan menerima BR1M ini,” katanya.

Nasir yang juga Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Baucar BR1M di Dewan Balai Seni Kampung Inabah Kamal di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 354 penduduk Semporna menerima baucar mereka daripada Nasir.

Menurut Nasir, selain BR1M kerajaan turut memberikan pelbagai bantuan dan kemudahan untuk dimanfaatkan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

“Terdapat pelbagai usaha kerajaan bagi meringankan beban rakyat seperti bantuan bagi fakir miskin, kurang upaya dan bantuan sara hidup nelayan selain pelbagai kemudahan prasarana dibangunkan seperti Klinik 1Malaysia,” katanya.

Sementara itu, seorang penerima BR1M, Jumaini Sakure, 26, teruja kerana itu merupakan BR1M yang pertama kali diperoleh sejak bantuan tersebut diperkenalkan.

Beliau yang bekerja di Ladang Segaria berhasrat mengunakan bantuan RM450 yang diterima hari ini sebagai modal menjalankan perniagaan kuih muih secara kecil-kecilan di ladang tersebut.

Bagi Noraini Tomin, 26, bantuan itu dapat meringankan bebannya membeli keperluan harian.

“Duit ini dapat digunakan untuk membeli keperluan manakala gaji kita boleh simpan, bila kita pandai urus kewangan kita boleh mendapat banyak manfaat daripada BR1M ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: BR1MKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd