Atas alasan perkara tersebut merupakan soal peribadi, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak akan mencampuri urusan saman yang dikemukakan Datuk Lee Chong Wei terhadap Razif Sidek serta sebuah akhbar tempatan. Ujar beliau, ikon sukan badminton itu mempunyai reputasi yang perlu dipelihara, maka terpulang kepadanya untuk mengambil tindakan undang-undang. Memetik kenyataannya seperti disiarkan portal The Malaysian Insider, “Saya sudah beritahu Chong Wei dia boleh mengambil tindakan itu jika dia mahu…saya juga tidak menggalakkan dia untuk saman Razif dan tidak juga menghalangnya kerana ini soal peribadi dan dia ada reputasi untuk dijaga.”
Dua hari lalu, pemain nombor satu dunia yang terpalit isu doping itu mengesahkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Razif dan sebuah penerbitan akhbar berbahasa Melayu kerana mendakwa beliau mengambil bahan terlarang untuk satu jangka masa panjang. Dalam penulisan tersebut, Razif mendakwa perbuatan Chong Wei disedari oleh pegawai-pegawai dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun hanya mendiamkan diri kerana beliau merupakan pemain peringkat dunia. – MYNEWSHUB.CC Oleh : IZZAT MOHD ANUAR
“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

