• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Perlu Kuasai Kemahiran Digital – KSU KKM

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Golongan wanita perlu memperkasakan diri dengan pelbagai kemahiran digital, bukan sekadar tahu membuat pembelian dalam talian, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Katanya antara bidang yang perlu diterokai kaum wanita di Malaysia ialah analisis data besar dan algoritma penukaran data.

“Malaysia memerlukan lebih ramai wanita yang mempunyai kemahiran membangunkan aplikasi telefon bimbit yang baharu dan dapat membantu masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Embracing Digital Era: Roles of Women’ pada program CEO@Faculty di Universiti Putra Malaysia, di sini hari ini.

Sharifah Zarah berkata tanpa mengira usia dan latar belakang, wanita Malaysia perlu peka dengan pembangunan dunia komputer supaya mereka tidak tercicir dan ketinggalan dalam arus pembangunan dunia digital.

Dalam syarahannya yang dihadiri oleh 120 pelajar tahun akhir Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,beliau berkata golongan wanita perlu berdikari dan kukuh dari segi ekonomi selain berpendidikan.

“Dengan cara ini seseorang wanita itu boleh memiliki keyakinan diri yang tinggi,” katanya yang turut berkongsi pengalaman ketika berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sharifah Zarah berkata wanita Malaysia bermula perlahan namun tetap mencapai sasaran.

Beliau juga berkata masih wujud diskriminasi secara tidak langsung terhadap wanita.

Progam CEO@Faculty dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi melahirkan siswazah yang seimbang dari segi moral dan pengetahuan, berpandukan nilai-nilai yang baik. – BERNAMA

Tags: Wanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd