• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat Lebih 2 Jam Cetus Banjir Kilat Di Pedas

oleh Ahmad Albab
20/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Hujan lebat lebih dua jam sejak pukul 4 pagi tadi menyebabkan beberapa kampung di kawasan rendah di sekitar Pedas, dekat sini, dilanda banjir kilat.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Air Panas, Kampung Pedah Tengah, Kampung Batu 2, Kampung Batu 3, Kampung Pedas Hilir, Kampung Mincing Baru dan Kampung Sungai Ibor.

Selain kawasan kampung, padang Sekolah Kebangsaan Pedas juga dinaiki air.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa buah rumah di kampung berkenaan dinaiki air antara 0.6 hingga 0.9 meter.

Seorang mangsa banjir kilat di Kampung Air Panas, Muhammad Shafiq Abu Bakar, 31, berkata beliau dan isteri, Nur Baizura Md Nor, 32, menyedari air mula naik di rumahnya pada pukul 4.30 pagi.

“Saya tidak sempat mengalihkan dua buah kereta saya yang diletakkan berhampiran rumah kerana air naik mendadak. Malah, pinggan mangkuk yang diletak di bawah rumah turut dihanyutkan air deras. Saya, isteri dan tiga orang anak hanya sempat menyelamatkan diri.


“Setahu saya ini adalah banjir yang paling besar sejak kami tinggal di sini,” katanya.

Sementara itu, pegawai swasta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Mohd Azizi Saadin, 44, dari Kampung Pedas Tengah, berkata beliau tidak pergi kerja kerana jambatan yang menghubungi rumahnya ke jalan besar tidak dapat dilalui kerana dinaiki air.

“Kami penduduk di sini termasuk kenderaan tidak dapat melalui jambatan itu kerana air dalam dan deras,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, air telah mulai surut kira-kira pukul 10 pagi.

Seorang lagi, penjawat awam yang bertugas di Seremban, Noriah Yahya, 59, dari Kampung Batu 3, berkata beliau mengalami nasib serupa dengan Mohd Aziz.

“Laluan kenderaan ke jalan besar terhalang kerana jambatan dinaiki air. Saya terpaksa mengambil cuti kecemasan hari ini,” katanya.- BERNAMA

Tags: banjir kilathujan lebat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Sepuluh negeri dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd