• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Pusat Digesa Putuskan Hubungan Dengan PKR

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH – PAS kawasan Permatang Pauh hari ini mencadangkan kepada PAS pusat agar memutuskan kerjasama politik dengan PKR kerana tindakan PKR yang dikatakan bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata usul itu mendapat undian sebulat suara berikutan tindakan PKR itu akan menjejaskan kedudukan PAS untuk berhadapan dengan pengundi Islam di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Katanya, keputusan itu diambil selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertindak untuk terus berkerjasama dengan DAP dan PAN yang menyerang kepimpinan PAS.

“Kerjasama PAS-PKR tidak boleh diteruskan kerana terdapat ahli-ahli PKR kawasan ini yang cuba memujuk ahli PAS keluar parti dan menyertai PKR dengan menawarkan jawatan dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah merasmikan Mesyuarat Tahunan PAS Kawasan Permatang Pauh.

Berikutan usul itu, Omar berkata PAS bersedia untuk turun bertanding di kerusi Parlimen dan juga tiga kerusi DUN iaitu Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir. – BERNAMA

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd