• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Betina 2.27 Meter Ditangkap Di Sungai Undey

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Swift Wildlife Action Team (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berjaya menangkap seekor buaya berukuran 2.27 meter dalam operasi penakaian dan pemindahan buaya di Sungai Undey, Pusa, kira-kira 300 kilometer dari sini.

SFC dalam kenyataan berkata buaya betina itu ditangkap pada Jumaat lalu selepas lapan hari operasi dilakukan ekoran serangan buaya yang telah mengorbankan Besimilah Rajali, 36, ketika dia sedang mengikat batang rumbia di sungai tersebut pada 9 Mac.

“Operasi penakaian dan pemindahan buaya dilaksanakan oleh unit SWAT dari ibu pejabat SFC dan Pejabat Wilayah Sibu. Tujuh cangkuk berserta umpan telah dipasang dalam lingkungan tiga kilometer di sepanjang Sungai Undey menuju ke muara sungai tersebut.

“Buaya betina yang ditakai berjaya ditangkap kira-kira 100 meter daripada lokasi serangan,” kata kenyataan itu.

SFC berkata unit SWAT akan meneruskan pemerhatian di kawasan tersebut dan buaya yang dikira boleh mendatangkan bahaya akan ditakai dan dipindahkan keluar daripada sungai. – BERNAMA

Tags: Buayasarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd