• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Tak Akan Campur Tangan Kes Saman Chong Wei Terhadap Razif

oleh Ahmad Albab
03/12/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak akan campur tangan dalam kes saman Datuk Lee Chong Wei terhadap Razif Sidek dan sebuah akhbar berbahasa Melayu, kerana perkara itu bersifat peribadi.

Katanya, jaguh badminton negara itu mempunyai reputasi yang perlu dijaga dan terpulang kepadanya untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya sudah beritahu Chong Wei bahawa dia boleh mengambil tindakan itu jika dia mahu…saya juga tidak menggalakkan dia untuk saman Razif dan tidak juga menghalangnya kerana ini soal peribadi dan dia ada reputasi untuk dijaga,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Modal Insan Malaysia Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi’ di Universiti Teknologi Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Chong Wei, 32, mengesahkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pemain badminton negara itu dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mendakwa beliau telah menggunakan bahan yang dilarang untuk satu jangka masa yang lama.

Razif juga dipetik dalam akhbar itu pada 11 Nov lepas sebagai berkata perbuatan Chong Wei itu disedari oleh pegawai-pegawai dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pemain badminton nombor satu dunia itu dilaporkan telah menyerahkan surat tuntutan melalui pasukan undang-undangnya Song and Partners kepada Razif dan akhbar harian itu minggu lepas.

Pada bulan lepas, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung Chong Wei daripada menyertai semua kejohanan selepas sampel A dan B beliau didapati positif untuk bahan dexamethasone yang diharamkan.

Chong Wei, yang gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos lepas digantung sehingga pendengaran dijalankan oleh BWF dan bakal berdepan penggantungan selama dua tahun.

Pada perkembangan lain Khairy berkata, beliau akan menjalankan temuduga seawal minggu depan bagi mengenal pasti calon jawatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menggantikan Datuk Seri Zolkples Embong.

“Saya akan temuduga sendiri calon tersebut dan buat masa ini saya belum membuat apa-apa keputusan. Saya akan baca semua permohonan dan akan bincang dengan Ketua Setiausaha kementerian untuk senarai pendek calon dan panggil untuk temuduga…paling cepat mungkin minggu depan,” katanya.

Dilaporkan, 43 calon telah memohon jawatan itu.

Jawatan itu diiklankan di laman sesawang rasmi kementerian bermula 4 Nov lepas, selepas Zolkples diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sukan SEA 2017. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd