• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Si Cilik Kini Bintang Internet Susulan Kecoh Interviu Bapa

oleh
16/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA dua hari lepas, dia menarik perhatian ramai apabila ‘ceroboh’ sesi temu bual bapanya dengan stesen BBC, kini Marion Kelly sekali lagi berjaya mencuit hati netizen menerusi gelagat comelnya.

Si cilik berusia empat tahun itu muncul dalam satu sidang akhbar khas di Busan, Korea Selatan lewat Rabu bersama-sama bapanya, Profesor Robert E. Kelly, seorang pensyarah sains politik di Pusan National University.

Ia diadakan untuk memperjelaskan kekecohan yang berlaku dalam sesi temu bual ‘live’ pada Ahad itu. Turut serta dalam sidang akhbar tersebut ialah ibunya, Kim Jung-a, dan adik lelakinya, James, yang berusia lapan bulan.

Si comel itu bukan sahaja menarik hati ramai dengan tingkah laku aktif, tetapi juga gaya pemakaian apabila hadir ke situ dengan tampil memakai trench coat berwarna perang muda, serta cermin mata berbingkai merah jambu.

Baca: Anak Kacau Bapa Ketika ‘Live’… Serius Lawak

Juga: Keluarga Profesor Tular Ditemu Bual Lagi Media

Dalam sidang akhbar itu, Kelly, 44, menjelaskan bahawa dia pada mulanya sangat risau dengan kekecohan yang dicetuskan anak-anak dan isterinya malah beranggapan dia mungkin tidak akan muncul di kaca televisyen lagi.

“Memang saya bimbang. Saya terus hubungi pihak BBC untuk segera minta maaf. Ketika itu saya terfikir, ‘habislah, stesen televisyen takkan panggil saya lagi selepas insiden tidak dijangka ini’,” kata warga Amerika Syarikat itu.

Dia yang berpindah ke Korea Selatan sejak 2008 sebelum berkahwin dengan isterinya seorang mantan guru yoga, namun terkejut klip rakaman itu tular ke seluruh dunia berbanding inti perbincangan mengenai isu politik Korea.

Kelly malah berasa gembira kerana gelagat lucu keluarganya secara spontan itu sedikit sebanyak menceriakan ramai netizen dan ia juga sudah ditonton lebih 86 juta kali menerusi laman rasmi Facebook BBC sendiri setakat Rabu.

Jung-a turut tidak berkecil hati apabila ramai pada mulanya menyangka dia pembantu rumah tetapi video tersebut ‘buka mata’ banyak pihak mengenai kepelbagaian budaya hasil perkahwinan campur. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BBCKorea Selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd