• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Hampir Akhiri Kemarau Gelaran Juara 14 Bulan

oleh
11/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, semakin mara untuk mengakhiri kemarau pungutan gelaran juara selama 14 bulan apabila berjaya menempah tempat ke pelawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita Ciudad de Floridablanca di Colombia Jumaat ini (Sabtu di Malaysia).

Bagaimanapun, pemain pilihan kedua itu terpaksa berhempas-pulas dalam perlawanan lima set sebelum mencatatkan kemenangan 3-1 (8-11, 11-9, 11-6 dan 11-2) terhadap pemain pilihan ketiga dan pemain nombor 10 dunia, Alison Waters dari England pada perlawanan separuh akhir.

Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, beliau amat gembira dengan kejayaan tersebut setelah agak resah apabila kalah pada set pembukaan.

“Saya berjaya mengawal permainan dan mula mencari sasaran dengan baik, yang membuatnya berasa tertekan.

“Saya gembira kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir di sini, saya akan berjuang sepanuh hati. Apabila mara ke perlawanan akhir, kedua-dua pemain perlu bertarung dan itulah yang akan saya lakukan,” kata Nicol.

Nicol yang mengungguli kejuaraan dunia sebanyak lapan kali dengan kali terakhir menjulang piala juara juara pada kejohanan Terbuka Hong Kong 2015, akan bertemu Olivia Blatchford dari Amerika Syrikat.

Blatchford, yang tidak tersenarai sebagai pemain pilihn, membuat kejutan dengan mengetepikan pemain pilihan pertama, Amanda Sobhy, apabila rakan senegaranya itu terpaksa menarik diri ketika mendahului 10-5 kerana mengalami kecederaan tumit.

Sobhy menang dua set pertama dengan mata 11-1 dan 11-6. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TMJ Tegur PM Anwar, Kerajaan Persekutuan Punca Johor ‘Bocor’

TMJ Tegur PM Anwar, Kerajaan Persekutuan Punca Johor ‘Bocor’

20/06/2026
0

MUAR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menepis dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Johor sebagai...

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd