• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pelajar Yang Dihalang Pakai Rantai Keagamaan Di Sabah

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip, pihak sekolah di Sabah tidak pernah melarang pelajar untuk mengenakan rantai yang bersimbolkan keagamaan masing-masing semasa berada di kawasan sekolah.

Katanya, ibu bapa hanya perlu mengisi borang yang disediakan pihak sekolah bagi memohon tindakan tersebut.

Memetik kenyataan beliau dari portal Malaysiakini, “Pihak sekolah akan mengeluarkan kad kebenaran sebagai bukti makluman dan tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak.”

Ujarnya lagi, perlaksanaan prosedur ‘kad kebenaran’ tersebut adalah kerana pihak sekolah sukar membezakan antara pemakaian aksesori perhiasan semata-mata dengan kalung berunsur keagamaan.

Kenyataan tersebut dilakukan bagi menjawab satu laporan dari akhbar tempatan yang mendakwa Sekolah Menengah Ken Hwa di Keningau melarang pelaja Kristian memakai rantai simbol keagamaan di kawasan sekolah.

“Pihak sekolah juga tidak mahu murid yang memakai rantai tanda keagamaan yang berfesyen, bersaiz besar dan tidak bersesuaian yang boleh menimbulkan salah faham kepada pelajar yang lain,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar pihak pentadbiran sekolah mengadakan perbincangan bersama Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) sebelum melaksanakan sesuatu dasar.

Ia juga harus selari dengan dasar dan merujuk peraturan serta pekeliling yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi mengelakkan percanggahan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: PendidikanSabahSekolahsensitiviti agama
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd