• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Indonesia Maju Ekonomi Di Sempadan

oleh Ahmad Albab
10/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia sedang mengorak langkah bersama untuk memajukan kawasan sempadan darat antara kedua-dua negara dengan projek pembangunan ekonomi.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata Malaysia telah menyatakan minat untuk memajukan kawasan sempadan dengan projek pertanian dan beberapa industri lain sebagai usaha memakmurkan ekonomi di kawasan sempadan.

Katanya kedutaaan Malaysia telah mengadakan perbincangan awal dengan Kementerian Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi Republik Indonesia bagi merealisasikan cadangan itu, dan kedua-dua pihak bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak bersama tidak lama lagi.

“Jawatankuasa bertindak ini akan mengadakan perbincangan secara terperinci mengenai teknikal dan kaedah usaha sama yang boleh dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi Republik Indonesia, Eko Putro Sandjojo di sini Jumaat.

Beliau berkata perbatasan darat antara Malaysia dan Indonesia melibatkan kawasan 2,000 kilometer, dengan 40 peratus dari tanah sempadan itu membabitkan kawasan berbukit.

Malaysia adalah pelabur asing terbesar di Indonesia, dan kerajaan telah menyasarkan nilai pelaburan sebanyak US$25 bilion (kira-kira RM112 bilion) menjelang 2020.

Terdahulu, Eko Putro berkata kerajaan Indonesia menghargai minat Malaysia untuk memajukan kawasan di wilayah sempadan antara kedua negara dengan projek pertanian kerana ia secara tidak langsung akan memajukan kawasan luar bandar di daerah berkenaan.

Katanya antara bidang pelaburan yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia di kawasan sempadan itu ialah projek bekalan elektrik, arang batu dan pertanian. – BERNAMA

Tags: IndonesiaMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd