• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Haji Serah Zakat RM1.048 Juta Kepada Muis

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,048,485.95 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) di Istana Negeri, di sini.

Zakat perniagaan itu diserahkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Badlisyah Abdul Ghani kepada Pengerusi Muis Datuk Mohd Suhaili Said yang disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Timbalan Pengerusi Muis Junaidi Jumahad serta Ketua Penolong Setiausaha Zakat dan Fitrah Muis Mohd Zaratkhan Abd Rahman.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Badlisyah berkata Sabah merupakan negeri pertama yang menerima zakat dalam siri jelajah penyerahan zakat TH bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada majlis agama islam dan pusat pungutan zakat di seluruh negeri.

Beliau berkata jumlah keseluruhan pembayaran zakat TH pada 2016 mencatatkan peningkatan 1.69 peratus kepada RM60.3 juta berbanding RM59.3 juta pada tahun sebelumnya.

“TH akan meneruskan siri jelajah penyerahan zakat ke negeri lain dalam tempoh dua bulan ini agar ia dapat dimanfaatkan dalam membantu kemampanan program zakat yang dilaksanakan pusat pungutan zakat di setiap negeri,” katanya.

Badlisyah berkata TH amat menekankan aspek kelestarian ekonomi ummah dan pembayaran zakat berperanan mempertingkat kebajikan masyarakat serta membantu meningkatkan kegiatan ekonomi golongan asnaf.

TH juga akan meningkatkan lagi program pengagihan zakat secara terus kepada asnaf di seluruh negara menerusi Program Iqra’; Program Ehsan; Program Baiti dan Program Mobiliti, katanya.

Sementara itu, Mohd Suhaili melahirkan penghargaan kepada TH bagi sumbangan zakat itu yang memudahkan Muis membantu golongan yang kurang berkemampuan dan ditimpa musibah.

“Ini adalah kerjasama amat baik daripada pihak korporat seperti TH yang merupakan antara penyumbang zakat terbesar kepada Muis,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tabung HajiZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd