• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Ditemui Mati Bersendirian Di Pangsapuri

oleh Ahmad Albab
02/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita warga emas ditemui mati terbaring di kediamannya di Pangsapuri Ladang Gemilang di sini petang semalam.

Mayat Salamah Ibrahim, 74, ditemui kira-kira pukul 4.30 petang oleh jirannya Nor Amalia Ismail, 24, selepas terhidu bau busuk yang datang dari kediaman itu sebelum segera menelefon pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Assisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata ketika tiba di rumah berkenaan di tingkat empat, pihaknya mendapati rumah tersebut terkunci dari dalam.

Katanya pihak polis terpaksa memecahkan pintu utama rumah tersebut sebelum menemui mayat wanita yang hanya berkain batik terbaring di sebuah bilik.

“Siasatan awal kita dapati tiada barang-barang berharga milik mangsa hilang dan tiada kesan pecah masuk pada rumah mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Polis mengklasifikasi kes berkenaan sebagai mati mengejut dan percaya mangsa telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu.

Jelasnya wanita warga emas berkenaan menghuni di pangsapuri itu secara bersendirian dan seminggu sekali menantunya menziarahinya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.- BERNAMA

Tags: Mayatwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd