• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tetapkan 28 Mac Kes Cederakan Bayi

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 28 Mac untuk sebutan semula kes seorang jurutol wanita yang didakwa mencederakan bayinya yang baru dilahirkan, awal tahun ini.

Hakim Noridah Adam menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Abdul Yazaid memaklumkan bahawa dokumen perubatan kes tertuduh, Mastura Shari, 32, masih belum siap.

Pada 14 Februari lepas, Mastura mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan yang boleh menyebabkan kematian terhadap seorang bayi lelaki, di Pejabat Tol Bukit Kajang, Hulu Langat di sini antara 4.20 petang dan 5.40 petang, 6 Jan.

Wanita itu yang belum berkahwin didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui bersama uri di dalam longkang berhampiran pejabat Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk).

Bayi itu yang mengalami kecederaan luaran dengan kesan lebam dan calar pada paha, rusuk kanan serta pipi ditemui dalam keadaan bogel oleh sepasukan anggota unit peronda lebuh raya. – BERNAMA

Tags: buang bayiWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd