• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Selatan Tewaskan Tok Gajah Di Larkin

oleh Ahmad Albab
04/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengekalkan rekod bersih di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin selepas menewaskan pendahulu Liga Super Pahang 3-2 pada perlawanan Liga Super di sini malam tadi.

Perlawanan di separuh masa pertama bermula rancak dengan beberapa percubaan berbahaya daripada kedua-dua pasukan dan pemain import Pahang Sumareh Mohamadou hampir membuka jaringan pada minit ketiga namun berjaya dipatahkan oleh penjaga gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Asakan berterusan Tok Gajah akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan Matheus Alves Leandro gagal diselamatkan Mohd Izham pada minit ke-14 untuk meletakkan Pahang di depan 1-0.

Pasukan JDT dihadiahkan sepakan penalti setelah sepakan percuma Kapten pasukan Safiq Rahim terkena tangan pemain Pahang Mohd Afif Amiruddin pada minit ke-27.

Kegagalan penjaga gol Pahang Wan Muhd Azraie Wan Teh menepis dengan baik sepakan penalti Safiq membawa padah apabila ia disambar oleh penyerang JDT, Ahmad Hazwan Bakri yang kemudiannya menjaringkan gol pertama JDT pada minit ke-29.

JDT menggandakan jaringan selang enam minit kemudian hasil hantaran daripada Gonzalo Gabriel Cabrera yang disempurnakan oleh Ahmad Hazwan Bakri.

JDT menambah derita Tok Gajah apabila hantaran S.Kunanlan pada minit ke-55 berjaya disudahkan oleh Safiq untuk gol ketiga Harimau Selatan.

Pasukan Tok Gajah cuba merapatkan jurang jaringan apabila Matheus Alves sekali lagi menggegar jaring JDT untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Pahang meneruskan asakan untuk memburu gol penyamaan namun kekebalan kubu JDT berjaya mematahkan usaha itu.

Pahang masih kekal mendahului Liga Super dengan 16 mata mengatasi Kedah di kedudukan kedua dengan mengumpul 15 mata dan JDT melonjak ke tangga ketiga dengan 14 mata. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

15/06/2026
0

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak lagi terhad kepada bola sepak. Hampir setiap bidang sukan disertai menjulang prestasi. Menjadikan JDT...

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

13/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Johor Motorsports Racing (JMR) bakal mencipta detik bersejarah apabila membuat penampilan sulung dalam perlumbaan ketahanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd