• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salur Maklumat Pemerdagangan Manusia

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sindiket pemerdagangan manusia terutama melibatkan kanak-kanak diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata orang ramai diminta mengambil gambar sekiranya ternampak kanak-kanak meminta sedekah atau menjual barang dan menyerahkan gambar itu kepada pihak polis.

“Satu daripada cara untuk hentikan sindiket ini adalah dengan berhenti memberi wang kerana lagi banyak yang memberi (wang) lagi ramai kanak-kanak akan menjadi mangsa.

“Tangkap gambar mereka dan serahkan kepada pihak polis supaya kami boleh ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Kontinjen Perak di sini hari ini.

Ditanya mengenai perkembangan kes pemerdagangan manusia di Gerik, Gan berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk pemilik ladang, doktor dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Setakat ini, hanya dua orang yang ditangkap dan kita (polis) percaya siasatan kes ini akan lengkap sepenuhnya hujung minggu ini,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan merupakan kes pertama kanak-kanak dipaksa menjadi buruh kasar di Perak tahun ini.

“Tahun lalu, terdapat dua kes pemerdagangan manusia melibatkan kanak-kanak yang mana mereka dipaksa menjadi pengemis,” katanya.

Ahad lalu, polis Perak menyelamatkan 18 individu warga tempatan termasuk lima kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek di Pengkalan Hulu, dekat Gerik.

Mangsa yang diselamatkan terdiri daripada 11 dewasa termasuk enam wanita berusia lingkungan 27 hingga 64 tahun; dua remaja lelaki berumur 13 dan 17 tahun dan lima kanak-kanak berusia antara dua dan tujuh tahun. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusiapolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terlepas Tembakan Ketika Presiden Perancis Berucap

Next Post

Tunang Hans Isaac Dituduh Curang Oleh Bekas BF

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

Tunang Hans Isaac Dituduh Curang Oleh Bekas BF

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd