• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat M’sia Peroleh Projek Bernilai RM11 Billion Di Bangladesh

oleh Ahmad Albab
01/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas India, syarikat prasarana Malaysia kini meneroka pasaran Bangladesh, satu lagi pasaran sedang meningkat di Asia Selatan dengan nilai projek yang diperoleh setakat ini hampir RM11 bilion.

Duta Khas bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan Datuk Seri  S. Samy Vellu berkata projek terbabit ialah loji jana kuasa 1,320 megawatt bernilai RM6 bilion di Cox’s Bazar, projek pangsapuri bernilai RM2.3 bilion di Dhaka, pembekalan 400 gerabak penumpang bagi Bangladesh Railways (RM700 juta) serta fasiliti pengendalian bahan mentah bernilai RM1.5 bilion.

“Kami akan menandatangani kontrak pangsapuri itu bulan ini.

“Kontrak-kontrak lain masih dalam rundingan dan saya jangka semua dapat dimuktamadkan kira-kira sebulan lagi,” katanya kepada Bernama menjelang lawatan rasmi Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina ke Malaysia bermula Selasa.

‎Mengenai projek loji jana kuasa, Samy Vellu berkata Tenaga Nasional Bhd dan Powertek Bhd, subsidiari 1MDB, akan menandatangani perjanjian usaha sama dengan Bangladesh Power Development Board, syarikat utiliti milik Bangladesh.

“Selepas menandatangani perjanjian usaha sama itu, ketiga-tiga pihak akan membentuk syarikat usaha sama dan memulakan kerja yang sewajarnya,” katanya.

Emrail Sdn Bhd akan membentuk perkongsian dengan Ofnir Sdn Bhd dan IEV Sdn Bhd bagi membangunkan fasiliti pengendalian bahan mentah yang juga akan dibiayai oleh mereka.

Pembekalan gerabak penumpang kepada Bangladesh Railways pula akan dilaksana oleh Hartasuma Sdn Bhd bersama-sama pembiayaan, kata Samy Vellu.

“Kami sedang mengusahakan projek-projek lain dan kerajaan Bangladesh menawarkan lebih banyak projek perumahan kepada Malaysia. Dengan penduduk lebih 140 juta, ia merupakan pasaran perumahan,” katanya.

Samy Vellu berkata semasa beliau menjadi menteri kerja raya, syarikat Malaysia memperoleh projek infrastruktur bernilai lebih RM50 bilion di India.

“Kami berhasrat membawa jumlah pelaburan sekurang-kurangnya sama dengan angka itu ke Bangladesh. Ekonomi negara itu sedang berkembang,” katanya.

Beliau juga berkata mata wang Bangladesh Taka sedang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat dan Ringgit Malaysia, manakala rizab asing melebihi RM60 bilion.

Samy Vellu berkata beliau akan menarik lebih banyak syarikat Malaysia untuk melabur di Bangladesh berdasarkan hakikat bahawa negara Islam itu bakal menjadi satu lagi ‘Harimau’ ekonomi Asia Selatan selepas India. – BERNAMA

Tags: projek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula Akan Dibatalkan – PM

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula Akan Dibatalkan – PM

11/09/2023
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan termasuk projek dalam Rancangan Malaysia terdahulu tetapi belum dapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd