• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketepikan Perbezaan Demi TN50 – Ahmad Zahid

oleh AK-47
26/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat diminta mengetepikan sebarang unsur negatif yang terhasil daripada perbezaan pendapat berikutan kepelbagaian agama dan kaum bagi memastikan usaha memartabatkan Malaysia sebagai 20 negara terbaik di dunia tercapai menerusi dasar baharu Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya rakyat Malaysia perlu memiliki hanya “satu pemikiran” dalam usaha membentuk Malaysia sebagai negara yang menjadi contoh serta diiktiraf di peringkat dunia.

“Kita ketepikan perbezaan… kita mahu membentuk negara sebagai negara ‘mithali’, negara contoh. Dalam kepelbagaian, ada satu pemikiran dan diiktiraf dunia, ini hasrat kita Insya-Allah,” katanya dalam program “Dialog Perdana TN50 Perspektif Islam” yang rakamannya disiarkan di Bernama News Channel (BNC) malam ini.

Dialog secara santai bersama lebih 1,000 belia yang kebanyakannya pemimpin persatuan mahasiswa Islam institusi pengajian tinggi awam dan swasta itu diadakan di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan pada Isnin lalu.

Pada dialog itu yang dipengerusikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, beberapa isu utama dibincangkan, iaitu pendidikan, ekonomi, institusi agama, politik, perpaduan kaum dan ekstremis agama.

Program dialog itu adalah kesinambungan daripada dialog pertama yang dikendalikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama 500 belia negara ketika melancarkan TN50 pada 19 Januari lalu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mengenai komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan agama Islam di negara ini menjelang 2050, timbalan perdana menteri berkata pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan seperti pelaksanaan konsep wasatiyyah dan perbankan Islam.

Beliau berkata kerajaan berterusan memastikan pendidikan Islam ini terpelihara melalui pembiayaan kepada 42,681 Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta 72 Sekolah Menengah Agama dan 332 Sekolah Agama Negeri.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementeriannya juga berjaya memulihkan 87.5 peratus individu yang terlibat secara langsung dengan kumpulan ekstremis menerusi program deradikalisasi yang turut dikongsi bersama negara lain.

Beliau berkata demi merealisasikan TN50, umat Islam di negara ini seharusnya menjadi peserta dan bukan hanya penonton dalam semua aspek berkenaan.

“Kita sebagai ummah tidak boleh ketinggalan, apabila Malaysia termasuk dalam ‘top 20 nation’ kita bukan berada dalam kedudukan penonton tapi sebagai peserta,” katanya. – BERNAMA

Tags: TN50
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TN50 Buatkan Anak Muda Rasa Lebih Dihargai

06/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengangkat suara serta aspirasi anak muda membuatkan mereka rasa lebih dihargai dan...

125,000 Penghafaz Al-Quran Dilahirkan Di Bawah TN50

31/03/2018
0

KOTA BHARU - Sejumlah 125,000 penghafaz al-Quran dijangka dilahirkan di bawah program Tranformasi Nasional 50 (TN50) menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd