• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Bunuh Budak 10 Tahun Gara-Gara Diejek

oleh AK-47
22/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT sering diejek kerana hidup miskin, seorang remaja lelaki bertindak nekad membunuh rakannya yang berusia 10 tahun di Dusun Margorejo, Kurungan Nyawa, Pesawaran, Lampung, Indonesia.

Mangsa, Anisa Putri Amelia ditemui dalam keadaan mengerikan oleh penduduk setempat selepas dipercayai dibunuh rakannya sendiri hanya disebabkan mangsa sering mengejek kehidupan suspek yang miskin.

Tribunnews melaporkan, suspek yang berusia 14 tahun itu adalah jiran mangsa dan merupakan peniaga kecil aksesori seperti gelang kanak-kanak selepas habis waktu sekolah.

Remaja Bunuh Budak 10 Tahun Gara-Gara Diejek

Remaja Bunuh Budak 10 Tahun Gara-Gara Diejek

Suspek dalam pengakuannya menjelaskan punca pembunuhan adalah bermotifkan dendam selepas mangsa dipercayai ejek suspek dan ayahnya sebagai sebuah keluarga miskin selain berminat dengan seutas rantai tangan milik mangsa.

Dia dikatakan mahu memiliki rantai tangan tersebut kerana mahu membeli motosikal.

Pada hari kejadian, suspek yang menggunakan nama MK itu tidak ke sekolah kerana mahu mencari tebu.

“Saya bawa pisau kerana mahu cari tebu,” katanya yang menjumpai Anisa selepas selesai mencari tebu.

Selepas suspek menumpang tandas di rumah mangsa, dia mengajak Anisa ke rumahnya yang terletak berdekatan bagi mengambil gelang yang ingin dibeli mangsa.

Ketika sampai di hadapan rumahnya, suspek telah memegang dan mengacukan pisau ke arah mangsa.

“Anisa tertusuk pisau secara tidak sengaja kerana meronta melihat pisau yang saya acukan, saya tidak menikamnya dan pisau itu saya acukan hanya untuk menakutkannya. Kerana dia bergerak, tubuhnya terkena pisau saya,” kata suspek.

Remaja Bunuh Budak 10 Tahun Gara-Gara Diejek

Suspek yang panik dan takut akhirnya mengheret mangsa ke seberang sungai bagi menghilangkan jejak pembunuhan yang tidak disengajakan itu.

Difahamkan, mangsa masih hidup sebelum ditinggalkan di kawasan semak dan  suspek bertindak memukul muka mangsa dengan batu sehingga mati.

Mangsa ditemui dengan empat kesan tikaman iaitu tiga di tangan dan satu dada kiri serta muka yang cedera.

Jenazah Anisa selamat dikebumikan dan keluarga mahu hukuman sewajarnya dikenakan terhadap suspek walaupun usianya masih muda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: budak perempuanbunuhdiejekIndonesiaremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd