• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bingung Bagaimana Siti Aishah Berada Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
21/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERANG (Indonesia) – Keluarga Siti Aishah, suspek wanita dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, hairan bagaimana anak bongsu mereka boleh berada di Malaysia.

Malah, setahu mereka, wanita berusia 25 tahun itu hanya bekerja sebagai jurujual pakaian di Batam.

Ayah wanita itu, Asria Nur Hasan, 56, berkata seluruh kaum keluarganya masih kebingungan dan tidak tahu berbuat apa-apa kecuali menangis bagaimana Siti Aishah boleh merantau ke Malaysia tanpa pengetahuan keluarga.

Katanya, anaknya telah berhijrah ke Batam untuk bekerja sebagai jurujual pada 2012 selepas bercerai dengan suaminya, Gunawan Hasyim @Ajun, seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki, Rio, berusia tujuh tahun.

“Sejak dia berhijrah ke Batam, kami jarang jumpa dan kali terakhir dia pulang ialah pada Tahun Baharu Cina, bulan lepas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rancasumur, Sindangsari Pabuaran, Serang, di sini.

“Dia hanya beritahu bekerja sebagai jurujual jadi kami terkejut apabila dia telah melangkah jauh ke Malaysia,” katanya.

“Siang malam kami asyik menangis mengenang nasib anak bongsu kami dan saya sangat-sangat ingin bertemu dengan dia,” kata Asria.

Siti Aishah adalah antara empat suspek ditahan oleh polis Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam pada 13 Februari lepas.

Pada hari kejadian, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Beliau yang dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu kurang sihat kepada petugas di lapangan terbang itu dan diberi rawatan awal di klinik di situ.

Siti Aishah adalah anak bongsu daripada tiga beradik – dua abangnya hanya bekerja sebagai buruh dan dibesarkan di sebuah kawasan terpencil manakala kehidupan ibu bapanya bergantung kepada jualan ubi dan kunyit.

Asria berkata anak perempuannya itu tidak berpelajaran tinggi tetapi dia seorang yang rajin bekerja dan nekad untuk keluar dari belenggu kemiskinan sejak kecil lagi.

“Walaupun hidup dalam kemiskinan, Siti Aishah seorang yang rajin bekerja, bersikap manja dan tidak pernah nakal,” katanya yang hanya mengetahui kes anaknya ditahan di Malaysia menerusi bekas besannya, Khamis lepas.

Menurutnya, hanya dua hari lepas, wakil Kementerian Luar Indonesia mengunjungi mereka untuk mengesahkan anaknya ditahan di Malaysia tetapi tidak memaklumkan apa sebenarnya berlaku.

Beliau juga menafikan laporan media tempatan kononnya Siti Aishah fasih berbahasa Inggeris dan Korea kerana anaknya itu hanya berpendidikan sekolah agama peringkat sekolah rendah sahaja.

Dalam usia belasan tahun dia telah telah mula bekerja sebagai jurujual pakaian di Jakarta dan menjadi kebangaan ibu bapa kerana dia mampu berdikari dan tidak pernah mengeluh kesusahan hidup yang dilaluinya, katanya. – BERNAMA

Tags: Indonesiakes bunuhKim Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd