• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Mulut, Bapa Tetak Anak Sampai Mati

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak lelaki maut dalam keadaan tragis selepas ditetak oleh bapa kandungnya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Mataram, Indonesia, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, suspek, Ahmad Subhan, 48, bertindak menetak leher mangsa, Muhammad Albani, 8, yang sedang tidur di ruang tamu mengakibatkan mangsa maut serta-merta.

Suspek kemudian memanggil isterinya yang sedang tidur di dalam bilik memaklumkan bahawa anak mereka sedang menangis, sebelum wanita itu terkejut melihat anaknya dalam keadaan berlumuran darah.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk dibahagian leher.

Memetik laporan Jawapos.com, Ketua Pesuruhjaya Polis Cakranegara Haris Dinzah berkata pihaknya telah bergegas ke lokasi dan menahan suspek yang masih dalam keadaan murung.

Kerana Mulut, Bapa Tetak Anak Sampai Mati

Kerana Mulut, Bapa Tetak Anak Sampai Mati

Ketika ditahan, suspek tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah kesihatan mental, kata Haris.

Motif sebenar insiden tersebut masih disiasat. Namun, kata Haris, suspek mengakui menetak anaknya.

Katanya, suspek bertindak demikian kerana mendakwa berang dengan perangai anaknya yang sering mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, termasuk terhadap isterinya.

Kerana Mulut, Bapa Tetak Anak Sampai Mati

Tambah portal tersebut, suspek mengakui menyesal dengan perbuatannya, bagaimanapun mengaku berbuat demikian dalam keadaan sedar dan tidak dipengaruhi oleh ‘bisikan iblis’.

“Dia seorang anak yang nakal. Sering mengata ibunya. Dia juga bercakap kasar dan meninggikan suara, sehingga saya malu dengan jiran.

“Saya sakit hati, dia satu-satunya anak lelaki saya dan sayang sangat menyayanginya. Dia sering memaki saya dengan kata-kata kotor. Dia selalu berbuat demikian padahal dia masih kecil,” kata suspek. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: Indonesiakes bunuhtetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd