• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Ketiga Kes Bunuh Jong-nam Ditahan

oleh AK-47
18/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGERA: Polis Malaysia telah mengumumkan bahawa suspek ketiga dalam kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, Kim Jong-nam, telah ditahan.

Polis berkata bahawa suspek lelaki yang berwarganegara Malaysia itu dipercayai merupakan teman lelaki salah seorang daripada dua wanita yang ditahan sebelum ini.

Pada pagi Rabu, polis telah menahan seorang wanita warga negara Vietnam yang dipercayai suspek pembunuhan tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara tersebut berkata tangkapan ke atas suspek dengan nama ‘Doan Thi Huong’, berusia 29 tahun dilakukan pukul 8.20 pagi Rabu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Wanita kedua yang ditahan awal pagi ini berhubung kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, adalah pemegang pasport Indonesia.

Khalid berkata suspek kedua itu bernama Siti Aishah yang dilahirkan di Serang, Indonesia, pada 11 Februari 1992.

“Polis juga mengesahkan bahawa identiti suspek itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup di klia2 dan wanita itu keseorangan ketika ditahan.

“Siasatan akan berterusan dan tindakan terhadap suspek akan diambil mengikut undang-undang,” kata Khalid dalam kenyataan di sini, Khamis.

Isnin lepas, Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China apabila seorang wanita dikatakan menghampiri mangsa sebelum menerkup kepalanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Berikutan penahanan dua suspek wanita itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata lebih banyak tangkapan dijangkakan selepas ini.

Difahamkan, polis sedang memburu empat lelaki bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu. –MYNEWSHUB.CC/SK

Berita selanjutnya akan menyusul.

Tags: Kim Jong-NampembunuhanSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd