• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Tiri Kim Jong-Un Mati Diracun Di Malaysia

oleh AK-47
15/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un ditemui mati di negara ini pada siang tadi (14 Februari), lapor Yonhap News Agency.

Kim Jong-Nam merupakan anak lelaki sulung pemimpin sebelumnya iaitu Kim Jong-il.

TV Chosum melaporkan bahawa Kim telah diracun di lapangan terbang Kuala Lumpur oleh dua orang wanita yang dipercayai merupakan perisik Korea Utara.

Kedua-dua wanita itu masih belum dikenal pasti, lapor beberapa sumber daripada kerajaan Korea Selatan.

Jong-Nam menyembunyikan diri di negara ini selepas pakcinya, Jang Song-Thaek dibunuh Jong-Un pada tahun 2014.

Mendiang sebelum ini terselamat daripada cubaan membunuh di Macau pada tahun 2011.

Walaupun Jong-Nam dilihat sebagai calon pewaris takhta paling menyerlah sebelum ini, beliau menjadi kurang popular selepas insiden di mana beliau ditahan semasa hendak masuk ke negara Jepun menggunakan pasport palsu bersama-sama dua orang wanita dan seorang kanak-kanak.

Beliau berkata beliau hanya ingin melawat Disneyland.

Jika berita ini disahihkan, kematian Jong-Nam ini akan menjadi kes pembunuhan paling berprofil tinggi dalam sejarah rejim pimpinan Kim Jong-Un sejak hukuman mati Jang Song-Thaek.

Jong-Nam dilahirkan hasil hubungan sulit ayahnya bersama Sung Hae-Rim, iaitu seorang aktres kelahiran Korea Selatan yang meninggal dunia di Moscow.

Berita selanjutnya bakal menyusul…

Tags: bunuhKim Jong-unKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd