• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tergamam Lihat Rakan Tercampak Ke Dalam Laut

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Seorang saksi kejadian letupan bot tempur yang membabitkan lapan anggota polis di Jeti Marin Kampung Acheh, Manjung pagi tadi tergamam sebaik melihat rakan-rakannya tercampak ke dalam laut.

Dia yang enggan dikenali berkata selain tercampak ke dalam laut, beberapa lagi rakannya yang sedang menjalani latihan mengendalikan bot turut tercampak ke dalam bot yang terletak bersebelahan dengan bot yang meletup itu.

“Sebaik mendengar letupan kuat, saya dan rakan-rakan yang lain mengagak ada sesuatu yang tak baik berlaku dan kami segera berlari ke arah itu.

“Kami tergamam apabila melihat mangsa tercampak ke dalam laut dan mengerang kesakitan. Kami beramai-ramai mengangkat mereka naik ke darat,” katanya yang berada kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, bot yang sedang dikendali dilapor mengalami kerosakan teknikal pada bahagian enjin menyebabkannya meletup sehingga menyebabkan kesemua lapan anggota polis yang berada di dalamnya tercampak keluar.

Baca: 9 Anggota Komando 69 Cedera Bot Kursus Meletup

Saksi tersebut berkata dia dan rakan-rakannya yang merupakan anggota Komando 69 dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh telah lima hari menjalani kursus bermula 10 Feb dan dijadual berakhir pada 24 Feb ini.

“Hari ini merupakan hari pertama latihan luar kami iaitu kursus pengendalian bot selepas beberapa hari kami menjalani latihan teori di darat.

“Nasib baik juga kejadian berlaku ketika air laut sedang surut dan ini memudahkan usaha mengangkat mangsa naik ke jeti sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang kebetulan sedang melawat hospital berkenaan turut meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat seorang mangsa yang cedera,

Beliau berkata dua daripada mangsa cedera parah yang seorang daripadanya yang cedera pada dada dan kaki telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. – BERNAMA

Tags: botKomando 69meletup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Meletup Berhampiran Kawasan Sekolah Di Padang Besar

Objek Meletup Berhampiran Kawasan Sekolah Di Padang Besar

16/08/2023
0

PADANG BESAR : Satu objek dipercayai bahan letupan ditemukan di hadapan sebuah sekolah di sini hari ini. (Ada rancangan nak...

Roket Terbesar SpaceX Meletup Selepas Dilancarkan

Roket Terbesar SpaceX Meletup Selepas Dilancarkan

21/04/2023
0

WASHINGTON – Sebuah roket paling besar yang pernah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk meletup di atmosfera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd