Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Tiada Keperluan UMNO Nyata...

KUALA TERENGGANU - UMNO belum membuat sebarang ketetapan mengenai pendirian rasmi parti itu...

Mayat Lelaki Reput Dan...

JOHOR BAHRU – Mayat dipercayai seorang lelaki tempatan ditemukan dalam keadaan reput dan...

Hantu Ju-On Berjaya Dirakam...

Apa perasaan anda apabila selepas meneliti gambar yang baru diambil tiba-tiba ada kelibat...

Samsung Perkenalkan Galaxy On5...

PADA tahun ini, Samsung mengatakan permintaan untuk peranti berspesifikasi pertengahan dilihat agak tinggi...

Tergamam Lihat Rakan Tercampak Ke Dalam Laut

LUMUT – Seorang saksi kejadian letupan bot tempur yang membabitkan lapan anggota polis di Jeti Marin Kampung Acheh, Manjung pagi tadi tergamam sebaik melihat rakan-rakannya tercampak ke dalam laut.

Dia yang enggan dikenali berkata selain tercampak ke dalam laut, beberapa lagi rakannya yang sedang menjalani latihan mengendalikan bot turut tercampak ke dalam bot yang terletak bersebelahan dengan bot yang meletup itu.

“Sebaik mendengar letupan kuat, saya dan rakan-rakan yang lain mengagak ada sesuatu yang tak baik berlaku dan kami segera berlari ke arah itu.

“Kami tergamam apabila melihat mangsa tercampak ke dalam laut dan mengerang kesakitan. Kami beramai-ramai mengangkat mereka naik ke darat,” katanya yang berada kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, bot yang sedang dikendali dilapor mengalami kerosakan teknikal pada bahagian enjin menyebabkannya meletup sehingga menyebabkan kesemua lapan anggota polis yang berada di dalamnya tercampak keluar.

Baca: 9 Anggota Komando 69 Cedera Bot Kursus Meletup

Saksi tersebut berkata dia dan rakan-rakannya yang merupakan anggota Komando 69 dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh telah lima hari menjalani kursus bermula 10 Feb dan dijadual berakhir pada 24 Feb ini.


“Hari ini merupakan hari pertama latihan luar kami iaitu kursus pengendalian bot selepas beberapa hari kami menjalani latihan teori di darat.

“Nasib baik juga kejadian berlaku ketika air laut sedang surut dan ini memudahkan usaha mengangkat mangsa naik ke jeti sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang kebetulan sedang melawat hospital berkenaan turut meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat seorang mangsa yang cedera,

Beliau berkata dua daripada mangsa cedera parah yang seorang daripadanya yang cedera pada dada dan kaki telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. – BERNAMA

Kategori