• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM: TMJ Sah Bertanding Menentang Annuar

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akhirnya mengesahkan pencalonannya untuk bertanding merebut kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ini menjadikan perebutan kerusi panas itu pertembungan satu lawan satu selepas Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pencalonannya pada 6 Feb lepas.

Dua lagi calon yang dinamakan sebelum ini, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat tidak mengesahkan pencalonan mereka sehingga tempoh pencalonan ditutup petang tadi.

Baca: Presiden FAM: KJ Ambil Pendirian Tunggu Dan Lihat

“TMJ dan Annuar merupakan dua calon yang telah mengesahkan pencalonan sehingga tamat tempoh pada pukul 5 petang ini.

“Pencalonan ini akan diteliti dalam mesyuarat Exco FAM pada 20 Februari ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media di Wisma FAM di sini.

Pemilihan jawatankuasa baharu badan induk bola sepak negara bagi penggal 2017-2021 akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.

Hamidin berkata kedua-dua calon masih boleh menarik diri daripada pertandingan itu sebelum kongres dijalankan.

Sementara itu, pertandingan bagi jawatan dua timbalan presiden bakal menyaksikan pertembungan antara empat calon, manakala bagi empat jawatan naib presiden, seramai sembilan calon akan bertanding. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaPresiden FAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd