• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liputan Wi-fi Percuma Di Everest Bulan Depan

oleh
12/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Kawasan Gunung Everest dan Annapurna bakal dilengkapi perkhidmatan wi-fi percuma bermula bulan hadapan bagi menyediakan perhubungan lebih baik kepada pendaki di puncak paling tinggi di dunia itu.

Pengerusi Lembaga Te­lekomunikasi Nepal (NTA), Digambar Jha berkata, pihaknya merancang untuk menyediakan liputan zon wi-fi percuma di sepanjang Kem Pusat Lukla-Everest dan kawasan sekitar Annapurna.

Kemudahan tersebut akan menjadi perkhidmatan wi-fi paling tinggi di dunia apabila mula beroperasi di kem pusat Eve­rest yang terletak pada ke­tinggian 5,360 meter dari paras laut.

Liputan gelombang jalur lebar sebenarnya masih lagi boleh didapati walaupun di altitud yang lebih tinggi seperti di puncak Everest yang berada pada kedudukan 8,848 meter.

Selepas membangunkan wi-fi di rantau Everest dan Annapurna, NTA merancang untuk memperluaskan pula perkhidmatan jalur lebar awam itu ke kawasan-kawasan Himalaya lain, kata Jha.

Liputan Wi-fi Percuma Di Everest Bulan Depan
Pengerusi Lembaga Te­lekomunikasi Nepal (NTA), Digambar Jha.

“Ini akan memudahkan komunikasi kepada pendaki selain dapat membantu usaha pihak penyelamat kecemasan sekiranya berlaku bencana alam di kawasan tersebut,” katanya.

Setakat ini, pendaki lazimnya terpaksa menggunakan telefon satelit yang mahal dari segi kos untuk berkomunikasi semasa mereka ketika mendaki atau menuruni puncak Gunung Everest.

“Buat masa ini, gelombang wi-fi mungkin sudah boleh didapati berhampiran dengan puncak Everest jika pun bukan betul-betul tepat di atas puncak,” kata salah seorang pegawai NTA.

Perkhidmatan wi-fi dijangka beroperasi dengan berdasarkan ‘Model Okumura’ yang menggunakan kabel gentian optik pada kos rendah untuk internet berkelajuan tinggi, kata Jha lagi.

Beliau seterusnya menambah gentian optik khas tahan kepada cuaca ekstrem dan kalis runtuhan salji ais tebal akan digunakan untuk perkhidmatan tersebut. – BERNAMA

Tags: Everestwi-fi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Nepal Perintah Had Permit Mendaki Everest

Mahkamah Nepal Perintah Had Permit Mendaki Everest

12/05/2024
1

KATHMANDU : Mahkamah Agung Nepal memerintahkan kerajaan untuk mengehadkan bilangan permit mendaki gunung yang dikeluarkan untuk Everest dan puncak lain....

Khidmat Wi-fi Percuma Di P.Pinang Dihentikan

20/01/2019
0

PERKHIDMATAN wifi percuma di negeri ini atau 'Penang Free Wi-fi' (PFW) akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd