Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Pantun Antara 3 Seni...

KOTA KINABALU - Pantun merupakan antara tiga seni budaya masyarakat setempat yang telah...

KKM Bentang Akta Baharu...

KUCHING - Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan akta baharu berkaitan penggunaan tembakau, ‘vape’,...

Jamal Sedia Bekerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus...

PRN Johor: Parti Lawan...

JOHOR BAHRU : Biarlah parti lain mahu bergabung seberapa banyak sekali pun, Barisan...

Mahkamah Nepal Perintah Had Permit Mendaki Everest

KATHMANDU : Mahkamah Agung Nepal memerintahkan kerajaan untuk mengehadkan bilangan permit mendaki gunung yang dikeluarkan untuk Everest dan puncak lain.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah itu dikeluarkan menjelang ekspedisi musim bunga.

Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.

Keputusan berkenaan dikeluarkan pada akhir April lalu, namun penghakimannya hanya diterbitkan minggu ini.

Peguam Deepak Bikram Mishra, pempetisyen yang menggesa permit dihadkan.

Katanya, mahkamah sudah menjawab kebimbangan orang ramai mengenai pergunungan Nepal dan persekitarannya.

“Ia mengarahkan had kepada bilangan pendaki, dan juga memberi langkah untuk pengurusan sisa dan pemeliharaan alam sekitar gunung itu,” katanya.


Ringkasan penghakiman mengatakan bahawa kapasiti gunung ‘mesti dihormati’ dan bilangan maksimum permit yang sesuai harus ditentukan.

Ketika ini, Nepal memberikan permit kepada semua pihak yang memohon dan sanggup membayar AS$11,000 untuk mendaki Everest, puncak tertinggi di dunia pada ketinggian 8,849 meter (29,032 kaki) dari paras laut.

Tahun lalu, negara itu mengeluarkan sebanyak 478 permit untuk Everest, iaitu rekod tertinggi.

Kesesakan lalu lintas manusia yang besar di Everest adalah pada tahun 2019.

Ia memaksa pasukan penyelamat menunggu berjam-jam di puncak dalam suhu membeku, berisiko kehabisan oksigen yang boleh membawa kepada penyakit dan keletihan.

Sekurang-kurangnya empat daripada 11 kematian pada puncak tahun itu dipersalahkan atas sebab kesesakan.

-Berita Harian

1 komen

  1. obviously like your website but you need to test the spelling on quite a few of your posts Several of them are rife with spelling problems and I to find it very troublesome to inform the reality on the other hand Ill certainly come back again

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori