• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nautical Aliya Teruskan Pelayaran Ke Chittagong

oleh Ahmad Albab
10/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON (Myanmar) – Selepas sahaja fasa pertama misi kemanusiaan ‘Food Flotilla for Myanmar’ di negara ini selesai , kapal ‘Nautical Aliya’ meneruskan pelayaran ke Chittagong, Bangladesh hari ini.

Ketua misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kapal akan meninggalkan pelabuhan Yangon, pada 1.45 tengah hari (waktu Malaysia) selepas kerja pemunggahan barang selesai.

Menurutnya pelayaran ke Chittagong akan mengambil masa tiga hari dan mereka dijangka tiba pada Isnin ini (13 Feb) namun ia bergantung kepada keadaan laut.

“Harap seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan kami untuk agihkan baki bekalan yang dibawa kepada masyarakat Rohingya (di Bangladesh).

“Kami juga harap kerajaan Bangladesh memberi kerjasama bagi memastikan misi ini tercapai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas mengenai protes sekumpulan warga Myanmar, beliau menganggap tindakan itu isu terpencil, sebaliknya memuji usaha kerajaan Myanmar yang membantu menjayakan misi ini.

“Kita lihat sendiri Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar Dr Win Myat Aye tunggu lebih dua jam untuk sambut ketibaan kami.

“Tunjuk perasaan itu hanya ‘isolated case’ dan orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua proses berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Abdul Azeez berkata kerajaan Myanmar akan membantu memastikan 500 tan metrik bekalan yang dihantar diserahkan kepada masyarakat Rohingya di Rakhine.

“Mereka (kerajaan Myanmar) juga boleh agihkan bantuan ini kepada orang bukan Islam yang daif,” katanya.

Misi yang masuk hari kelapan ini membawa 2,300 tan makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut, dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon dan kem pelarian di Bangladesh.

‘Food Flotilla for Myanmar’ yang dianjurkan oleh Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia itu disertai 195 sukarelawan dari 12 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa serta wakil badan bukan kerajaan tempatan dan luar negara. – BERNAMA

Tags: Nautical AliyaRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd