• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EAIC Siasat Kematian Tahanan Di IPD Klang Utara

oleh
09/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan menjalankan siasatan ke atas kematian seorang tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara, Selangor, semalam.

Pengerusi EAIC, Datuk Yaakob Md Sam, dalam kenyataan hari ini, berkata menurut laporan portal, mangsa S. Balamurugan, 44, telah disahkan meninggal dunia pada pukul 6 pagi semalam, tiga hari selepas ditahan di IPD berkenaan.

Katanya, satu pasukan khas telah ditubuhkan di bawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) untuk menjalankan siasatan kes itu dengan serta-merta.

Katanya, menurut ahli keluarga mangsa yang membuat pengecaman mayat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, muka mangsa mengalami lebam yang teruk dan berdarah.

“Mangsa juga turut mengalami pendarahan yang sama (di mulut) dan muntah darah ketika dibawa ke mahkamah untuk direman pada Selasa lepas,” katanya.

Katanya, peguam yang mewakili keluarga mangsa, Gerard Lazarus, turut menyatakan meskipun ahli keluarga telah memohon untuk mendapatkan rawatan segera di hospital, mangsa tetap dibawa untuk penahanan semula di IPD tersebut.

Yaakob berkata skop dan terma rujukan siasatan EAIC adalah mengenal pasti sama ada terdapat sebarang salah laku termasuk pelakuan bersifat jenayah oleh polis semasa mengendalikan tahanan dan berkaitan kematian tahanan tersebut.

Menurutnya, EAIC juga akan menyiasat sekiranya ada peruntukan undang-undang, peraturan, kaedah, prosedur operasi standard (SOP) dan arahan tetap yang berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian orang tahanan yang telah diingkari.

Katanya, EAIC memandang serius kejadian ini susulan kematian seorang tahanan, Soh Kai Chiok, 49, di lokap IPD Bera, Pahang, pada 18 Jan lepas.

“Maka dengan ini, siasatan akan dijalankan dengan telus, bebas prejudis dan tidak sama sekali berpihak kepada sesiapa,” katanya. – BERNAMA

Tags: EAICIPD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

EAIC Tubuhkan Pasukan Petugas Khas Siasat Isu 7 Pemain Naturalisasi

EAIC Tubuhkan Pasukan Petugas Khas Siasat Isu 7 Pemain Naturalisasi

04/11/2025
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat isu berkaitan dakwaan kegagalan pengesahan dokumen pengenalan...

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

26/03/2025
0

KLANG - Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd