• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Penipuan Dalam Talian Meningkat Tahun Lepas

oleh
07/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – CyberSecurity Malaysia (Cybersecurity) mencatatkan 3,921 kes membabitkan penipuan dalam talian tahun lepas berbanding 3,257 kes pada 2015.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata penipuan dalam talian merupakan kes paling banyak dilaporkan membabitkan keselamatan siber di Malaysia bagi tempoh lima tahun.

“Penipuan itu melibatkan pembelian barangan dalam talian, urus niaga perbankan internet, phising dan scam.

“Selain itu, Cybersecurity menerusi Pusat Koordinasi Cyber999 juga mendapati penjenayah siber turut melakukan penyebaran malicious software atau ‘malware’ dan pencerobohan data maklumat yang boleh merosakkan sistem komputer dan menggugat keselamatan data peribadi individu atau sebuah organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan ‘Safer Internet Day 2017’ anjuran Cybersecurity di Angkasapuri di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab.

Sehubungan itu, Madius berkata kementerian telah mewujudkan CyberSAFE atau Kesedaran Keselamatan Siber untuk Semua pada tahun 2010 yang bertujuan memberi pendidikan lengkap kepada pengguna internet.

Orang ramai perlu melaporkan sebarang kejadian jenayah siber dengan segera kepada Cybersecurity untuk membasmi kejadian jenayah siber yang semakin meningkat sekarang, katanya.

Mengenai Safer Internet Day, Madius berkata tahun ini merupakan tahun kelapan ia disambut di Malaysia dengan tema ‘Be The Change: Unite for a Better Internet’.

“Sempena sambutan Safer Internet Day yang diadakan pada setiap bulan Februari, saya menyeru pengguna menggunakan internet sebagai platform pengumpulan ilmu yang berguna,” katanya.

Beliau berkata ini kerana telah menjadi kebiasaan kepada pengguna internet masa kini mentularkan sesuatu perkara tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan maklumat tersebut.

“Penyebaran maklumat palsu merupakan perkara yang serius dan harus diberi perhatian oleh semua pihak, justeru komuniti yang aktif dalam internet dan media sosial harus memastikan hanya berita yang sahih sahaja disebarkan dan bukannya berita palsu yang mampu memberi kesan buruk untuk jangka panjang,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

18/07/2026
0

SEREMBAN - Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mengkritik kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang...

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd